Friday, May 29, 2009

PUJANGGA MENGATAKAN......
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Kita bermula sebagai seorang yang baru.
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.
Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga.
Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat.
Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.
Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.
Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.
Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."Saya minat dengan kata-kata ni: "Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik.
Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.
Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.
Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.
Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.
Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?
Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

No comments:

Post a Comment